Tuesday, 14 May 2013

PENEMUAN SPESIS ALIEN 6 INCI "ATTA THE HUMANOID"

ini dia spesis alien yg ditemui di padang gurun pasir ATACAMA. dan alien ini dinamakan "ATTA THE HUMANOID" sumber ini saya dapat dari www.huffingtonpost.com . menarik bukan?? menurut sumber dari laman tersebut makhluk asing ini hanya mempunyai ketinggian sbyk 6 INCI sahaja. penyataan di bawah dikeluarkan oleh saintis stem cell biology di sekolah perubatan universiti stanford.

"I can say with absolute certainty that it is not a monkey. It is human -- closer to human than chimpanzees. It lived to the age of six to eight. Obviously, it was breathing, it was eating, it was metabolizing. It calls into question how big the thing might have been when it was born,"said Garry Nolan, director of stem cell biology at Stanford University's School of Medicine in California.






beliau amat terkejut terkejut dgn penemuan tersebut dan membuat andaian bahawa makhluk asing ini  mempunyai DNA manusia!!


"The DNA tells the story and we have the computational techniques that allows us to determine, in very short order, whether, in fact, this is human," Nolan, who performed the DNA tests, explains in the film.
"Sirius" focuses on the remains of the small humanoid, nicknamed Ata, that was discovered in Chile's Atacama Desert 10 years ago and has, literally, gone through different hands and ownership since then.
Early in the documentary, Greer refers to Ata as an extraterrestrial being, explaining how it was found in the Atacama Desert and "we don't know how it came about." That seems strange because HuffPost recently reported on the well known history of little Ata since its discovery 10 years ago and subsequent moving from hand to hand, ending up in Spain.




kemudian ada sumber yang menyatakan bahawa makhluk ini ialah fetus bayi yang belum cukup habis tumbesarannya namun penyataan tersebut tidak disetujui kerana tulang makhluk tersebut amat jauh berbeza dengan tulang fetus yang belum cukup membesar dengan sempurna manakala tulang abdomen makhluk tersebut telah membesar dengan begitu sempurna seperti orang dewasa ataupun kanak2.

Makan Serangga Boleh Bantu Masalah Obesiti


Salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis menyatakan memakan serangga yang mempunyai khasiat mungkin membantu memerangi obesiti.
Beliau membuat pendedahan itu dalam satu laporan yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Laporan itu disediakan oleh beberapa saintis berhubung kajian tentang pemakanan serangga.


Ketika ini, lebih 1,900 spesies serangga dimakan di dunia kebanyakannya di Afrika dan di Asia.
Huis berkata, kebanyakan serangga mempunyai sejumlah protein dan mineral sama seperti daging dan mengandungi lebih banyak lemak yang disyorkan para doktor untuk diet seimbang.
“Di Barat, kami mempunyai budaya tanggapan yang serong kerana serangga yang datang dari negara-negara membangun adalah tidak elok (untuk dimakan),” katanya. – Reuters


Khasiat KACANG SOYA HITAM


Jika sebelum ini keenakan minuman kacang soya kuning lebih dikenali, kini sumber kacang soya hitam juga tidak harus dipandang ringan.

Kacang soya hitam pertama kali ditemui di China sejak berabad lalu dan kini antara makanan rutin di Malaysia.
Menurut pakar pemakanan, Indra Balaratnam, kacang soya hitam adalah sejenis kekacang yang tergolong dalam kumpulan sama dengan kacang soya kuning yang biasa didapati dalam minuman.
“Kacang soya hitam sememangnya padat dengan nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Malah ia juga kaya dengan protein, serat, asid lemak omega-3, vitamin, garam mineral dan tidak keting­galan antioksida,” katanya.
Jika sebelum ini keenakan minuman kacang soya kuning lebih dikenali, kini sumber kacang soya hitam juga tidak harus dipandang ringan.
Kacang soya hitam pertama kali ditemui di China sejak berabad lalu dan kini antara makanan rutin di Malaysia.
Menurut pakar pemakanan, Indra Balaratnam, kacang soya hitam adalah sejenis kekacang yang tergolong dalam kumpulan sama dengan kacang soya kuning yang biasa didapati dalam minuman.
“Kacang soya hitam sememangnya padat dengan nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Malah ia juga kaya dengan protein, serat, asid lemak omega-3, vitamin, garam mineral dan tidak keting­galan antioksida,” katanya.
“Kaji selidik mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengambil kurang daripada separuh serat makanan yang disarankan.
“Secawan kacang soya hitam mengandungi 15 gram serat makanan melebihi separuh daripada pengambilan harian serat makanan yang dicadangkan pakar iaitu 25 gram sehari,” katanya.
Makanan yang berserat tinggi seperti kacang soya hitam membantu dalam mengawal tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Pengambilan sekurang-kurangnya 200 gram kacang soya sehari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes tahap dua.
Kacang soya hitam juga baik untuk jantung. Kandungan asid lemak omega-3 membantu menurunkan paras tryglyceride yang tinggi dalam darah dan pengambilan secara tetap mengurang­kan risiko serangan jantung.
Selain itu, ia juga me­ngandungi antioksida yang diketahui umum berpotensi membantu menurunkan risiko menghidap kanser.
Kandungan antioksida dalam kacang soya hitam juga lebih tinggi berbanding kacang soya kuning disebab­kan kulitnya yang hitam.
Indra turut menyatakan, perubatan tradisional Cina percaya nut­risi dalam kacang soya hitam membantu menguatkan ginjal dan hati.
“Apabila organ ini kuat dan berfungsi secara optimum, peredaran darah di dalam badan serta bahagian pende­ngaran juga dapat dijalankan secara optimum sekali gus membantu dalam keseimbangan fungsi tubuh badan.
“Selain itu, kacang soya hitam turut digunakan secara tradisional dalam kecantikan bagi memiliki kulit yang cerah dan berseri selain membantu menghalang keguguran rambut serta kemunculan uban.
“Kacang soya hitam juga dijadikan serbuk yang digunakan terus kepada kulit bagi menyingkirkan sel kulit mati dan membantu proses pemulihan kulit,” jelasnya.
Tambahnya, asid lemak yang terdapat di dalam kacang soya juga bertindak sebagai pelembap yang digunakan untuk menghaluskan kulit. Sehingga kini, kacang soya hitam digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan produk kecantikan kulit.

SUMBER : www.mummynemo.com

KEBAIKAN ROKOK ELEKTRONIK (E-CIGARETTE)


Info yang menarik untuk perokok dan yang tidak merokok.

Berdasarkan infographic di bawah, kelebihan rokok elektronik adalah, ianya tidak mempunyai asap dan kadar


nikotin yang boleh dikawal sendiri oleh perokok disamping ianya mempunyai pelbagai jenis perisa.


Oleh kerana ianya tidak berasap (ianya mengeluarkan wap), maka tiadalah orang di sekeliling dapat menghisap seconhand smoke dan yang paling penting, anda sebenarnya boleh merokok di kawasan yang tertulis 'no smoking' terutamanya didalam bangunan kerana perbuatan menghisap rokok elektronik adalah 'vaping'.













































“The World Health Organization does not consider theelectronic cigarette to be a legitimate nicotine replacement therapy,” he said. The devices, which resemble real cigarettes and are powered by rechargeable batteries, produce a nicotine mist that is absorbed in the lungs. The cigarettes, made of steel, have a chamber for storing liquid nicotine in different concentrations “It is of great concern that certain manufacturers of these cigarettes around the world have included WHO’s name, for example on their Web (sites) or on their package inserts or on their advertisements, as having endorsed these products,” Bettcher said. No tests have been made to find out exactly what the nicotine cartridges contain, he said. “Also there’s no experience in pharmacology yet of nicotine replacement therapies which actually inhale nicotine into the lungs,” he said :Dipetik dari Douglas Betcher yang mengetuai WHO's Tobacco free initiative.
 Mengikut petikan ayat diatas, beliau tidak menunjukkan yang rokok elektronik itu merbahaya sebaliknya dia menafikan e-cigar sebagai alternatif untuk berhenti merokok. Selain itu belum ada kajian atau ujikaji yang menunjukkan rokok elektronik ini membawa kesan sampingan yang merbahaya

TEMBAK ADIK IPAR SENDIRI SEBAB DIA TAK MAU KELUAR PERGI KERJA LOL (KENINGAU STORY)



KENINGAU: Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak ‘ala koboi’ apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.
Mangsa dikenali sebagai Jojo, 32, kini menerima rawatan di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil selepas ditembak dari jarak dekat oleh abang iparnya dipercayai menggunakan sepucuk pistol.
Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mereka dipercayai bertengkar termasuk mangsa ada menegur abang iparnya berusia 50 tahun yang juga tidak keluar bekerja di ladang kepala sawit.
Sumber berkata, suspek kemudian mengambil sepucuk pistol lalu menuju ke bilik mangsa dan melepaskan dua das tembakan, kira-kira jam 9 pagi.
Menurutnya, suspek yang panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah kemudian melarikan diri.
“Beberapa anggota keluarga yang terkejut dengan tembakan itu mendapati mangsa terbaring sambil menekap perutnya yang berlumuran darah.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.
“Siasatan mendapati, kejadian berpunca apabila kedua-dua bertengkar sebelum suspek menembak mangsa.
“Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui dua kelongsong peluru dipercayai pistol digunakan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, polis sedang giat memburu suspek yang melarikan diri sebaik kejadian itu, manakala mangsa masih menerima rawatan di hospital.
“Polis meminta orang ramai yang mengetahui lokasi suspek menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di talian 087-332 222 bagi membantu siasatan,” katanya.


SUMBER : www.mummynemo.com


terlalu banyak makanan segera boleh menyebabkan anda menjadi bodoh


OXFORD – Makan terlalu banyak makanan segera boleh menyebabkan tahap kecerdasan menurun, menurut satu kajian oleh Universiti Oxford yang disiarkan semalam.

Keputusan kajian itu diperoleh selepas sekumpulan saintis melakukan ujian ke atas tikus di makmal.
Dalam kajian itu, pengambilan makanan seperti burger, kebab dan kentang goreng boleh mengakibatkan memori jangka pendek tikus rosak.
Kajian itu dibiayai oleh Yayasan Jantung Britain.


“Diet Barat secara umumnya mengandungi lemak yang tinggi dan selalu dikaitkan dengan komplikasi jangka panjang seperti obesiti, diabetes dan kegagalan jantung,” kata penulis bersama kajian itu, Andrew Murray.
Dia berharap penemuan itu akan membantu orang ramai untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan lemak pada setiap hari. – Agensi

SUMBER : www.mummynemo.com

PERHATIAN KEPADA WANITA: JANGAN CUCI KEMALUAN DENGAN PRODUK PENCUCI

Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendapati dua pertiga wanita yang menggunakan pencuci, pelincir atau jeli petroleum pada alat sulit secara rutin, dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Menurut penyelidik, jangkitan biasa yis dan bakteria akibat produk yang diletakkan pada bahagian sulit, bukan saja merosakkan tisu faraj, malah meningkatkan risiko wanita untuk mendapat penyakit kelamin seperti herpes, chlamydia dan HIV (click to read more)

Menurut penyelidik Joelle Brown dari Universiti California, Los Angeles, golongan wanita perlu sedar ada bukti beberapa produk yang dimasukkan ke dalam alat sulit mereka boleh menyebabkan kerosakan pada tisu dinding faraj dan meningkatkan risiko terkena jangkitan.
Sementara itu, Pengerusi Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan St Elizabeth di Boston, Dr Michael Zinaman yang tidak terbabit dalam kajian yang dijalankan itu berkata, wanita jelas melakukan kemudaratan kepada diri mereka sendiri dengan menggunakan majoriti produk di rak dan mengikuti nasihat ibu atau rakan mereka.

Pasukan Brown menyoal selidik 141 wanita yang mendapati 66 peratus responden menggunakan produk komersial untuk mencuci atau menggunakan bahan pelincir yang dijual di kaunter, selain tampon.
Dalam kalangan wanita yang menggunakan produk itu, kira-kira 45 peratus daripada mereka menggunakan bahan komersial atau campuran cuka dan air sebagai pencuci.
Paling banyak digunakan adalah pelincir komersial untuk tujuan seksual iaitu sebanyak 70 peratus, 17 peratus menggunakan jeli petroleum manakala 13 peratus menggunakan minyak.
Menurut laporan jurnal Obstetrik & Ginekologi, berdasarkan kajian makmal, wanita yang menggunakan produk yang bukan dihasilkan untuk digunakan pada faraj seperti minyak dan jeli petroleum, lebih terdedah kepada jangkitan yis dan bakteria.

Misalnya, 40 peratus daripada wanita yang menggunakan jeli petroleum sebagai pelincir mengalami jangkitan bakteria vaginosis, iaitu sejenis jangkitan yang dikaitkan dengan sekumpulan spesis bakteria.

Sebanyak 44 peratus wanita lagi menggunakan minyak dikesan positif kepada jangkitan Candida, iaitu kulat yang menyebabkan jangkitan yis, berbanding mereka yang tidak menggunakan minyak.

Penyelidik mendapati, peningkatan risiko terhadap jangkitan berkenaan berlaku apabila produk yang digunakan mengganggu keseimbangan pH dalaman dan komuniti mikrob berfaedah, membenarkan organisma berbahaya untuk membiak.

Kebiasaannya, faraj adalah rumah kepada bakteria baik dan buruk dalam jumlah seimbang, yang menghasilkan asid untuk melindungi bahagian itu daripada jangkitan dan virus.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, bakteria vaginosis biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan pada populasi bakteria normal. Kebanyakan wanita yang dijangkiti melaporkan tiada gejala muncul, tetapi ada yang mempunyai lelehan cecair tidak normal atau bau yang kuat.

Doktor tidak mengesyorkan wanita mencuci faraj mereka dengan air secara melampau atau menggunakan produk pencuci kerana ia boleh mengganggu keseimbangan bakteria sedia ada selain tidak memberikan sebarang faedah.

Menurut Dr Zinaman, keseimbangan semula jadi bakteria dalam faraj terancam oleh sabun, minyak wangi atau cucian air yang kuat.

Profesor Kejuruteraan Bioperubatan, Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Duke, Durham, North Carolina, David Katz berkata, doktor sering melarang penggunaan jeli petroleum secara dalaman.

Menurutnya, produk berasaskan petroleum dikatakan menyerap lembapan keluar dari permukaan dan boleh membuat kulit sensitif faraj lebih terdedah kepada jangkitan.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Klinik Mayo, Rochester, Minnesota, Mary Marnach, pula menyarankan penggunaan pelincir bebas daripada bahan gliserin dan berasaskan silikon yang boleh dibeli di kaunter farmasi.


SUMBER : www.mummynemo.com