Tuesday, 14 May 2013

Khasiat KACANG SOYA HITAM

Jika sebelum ini keenakan minuman kacang soya kuning lebih dikenali, kini sumber kacang soya hitam juga tidak harus dipandang ringan.

Kacang soya hitam pertama kali ditemui di China sejak berabad lalu dan kini antara makanan rutin di Malaysia.
Menurut pakar pemakanan, Indra Balaratnam, kacang soya hitam adalah sejenis kekacang yang tergolong dalam kumpulan sama dengan kacang soya kuning yang biasa didapati dalam minuman.
“Kacang soya hitam sememangnya padat dengan nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Malah ia juga kaya dengan protein, serat, asid lemak omega-3, vitamin, garam mineral dan tidak keting­galan antioksida,” katanya.

“Kaji selidik mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengambil kurang daripada separuh serat makanan yang disarankan.
“Secawan kacang soya hitam mengandungi 15 gram serat makanan melebihi separuh daripada pengambilan harian serat makanan yang dicadangkan pakar iaitu 25 gram sehari,” katanya.
Makanan yang berserat tinggi seperti kacang soya hitam membantu dalam mengawal tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Pengambilan sekurang-kurangnya 200 gram kacang soya sehari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes tahap dua.
Kacang soya hitam juga baik untuk jantung. Kandungan asid lemak omega-3 membantu menurunkan paras tryglyceride yang tinggi dalam darah dan pengambilan secara tetap mengurang­kan risiko serangan jantung.
Selain itu, ia juga me­ngandungi antioksida yang diketahui umum berpotensi membantu menurunkan risiko menghidap kanser.
Kandungan antioksida dalam kacang soya hitam juga lebih tinggi berbanding kacang soya kuning disebab­kan kulitnya yang hitam.
Indra turut menyatakan, perubatan tradisional Cina percaya nut­risi dalam kacang soya hitam membantu menguatkan ginjal dan hati.
“Apabila organ ini kuat dan berfungsi secara optimum, peredaran darah di dalam badan serta bahagian pende­ngaran juga dapat dijalankan secara optimum sekali gus membantu dalam keseimbangan fungsi tubuh badan.
“Selain itu, kacang soya hitam turut digunakan secara tradisional dalam kecantikan bagi memiliki kulit yang cerah dan berseri selain membantu menghalang keguguran rambut serta kemunculan uban.
“Kacang soya hitam juga dijadikan serbuk yang digunakan terus kepada kulit bagi menyingkirkan sel kulit mati dan membantu proses pemulihan kulit,” jelasnya.
Tambahnya, asid lemak yang terdapat di dalam kacang soya juga bertindak sebagai pelembap yang digunakan untuk menghaluskan kulit. Sehingga kini, kacang soya hitam digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan produk kecantikan kulit.

SUMBER : www.mummynemo.com

No comments:

Post a Comment