Tuesday, 14 May 2013

PERHATIAN KEPADA WANITA: JANGAN CUCI KEMALUAN DENGAN PRODUK PENCUCI

Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendapati dua pertiga wanita yang menggunakan pencuci, pelincir atau jeli petroleum pada alat sulit secara rutin, dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Menurut penyelidik, jangkitan biasa yis dan bakteria akibat produk yang diletakkan pada bahagian sulit, bukan saja merosakkan tisu faraj, malah meningkatkan risiko wanita untuk mendapat penyakit kelamin seperti herpes, chlamydia dan HIV (click to read more)

Menurut penyelidik Joelle Brown dari Universiti California, Los Angeles, golongan wanita perlu sedar ada bukti beberapa produk yang dimasukkan ke dalam alat sulit mereka boleh menyebabkan kerosakan pada tisu dinding faraj dan meningkatkan risiko terkena jangkitan.
Sementara itu, Pengerusi Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan St Elizabeth di Boston, Dr Michael Zinaman yang tidak terbabit dalam kajian yang dijalankan itu berkata, wanita jelas melakukan kemudaratan kepada diri mereka sendiri dengan menggunakan majoriti produk di rak dan mengikuti nasihat ibu atau rakan mereka.

Pasukan Brown menyoal selidik 141 wanita yang mendapati 66 peratus responden menggunakan produk komersial untuk mencuci atau menggunakan bahan pelincir yang dijual di kaunter, selain tampon.
Dalam kalangan wanita yang menggunakan produk itu, kira-kira 45 peratus daripada mereka menggunakan bahan komersial atau campuran cuka dan air sebagai pencuci.
Paling banyak digunakan adalah pelincir komersial untuk tujuan seksual iaitu sebanyak 70 peratus, 17 peratus menggunakan jeli petroleum manakala 13 peratus menggunakan minyak.
Menurut laporan jurnal Obstetrik & Ginekologi, berdasarkan kajian makmal, wanita yang menggunakan produk yang bukan dihasilkan untuk digunakan pada faraj seperti minyak dan jeli petroleum, lebih terdedah kepada jangkitan yis dan bakteria.

Misalnya, 40 peratus daripada wanita yang menggunakan jeli petroleum sebagai pelincir mengalami jangkitan bakteria vaginosis, iaitu sejenis jangkitan yang dikaitkan dengan sekumpulan spesis bakteria.

Sebanyak 44 peratus wanita lagi menggunakan minyak dikesan positif kepada jangkitan Candida, iaitu kulat yang menyebabkan jangkitan yis, berbanding mereka yang tidak menggunakan minyak.

Penyelidik mendapati, peningkatan risiko terhadap jangkitan berkenaan berlaku apabila produk yang digunakan mengganggu keseimbangan pH dalaman dan komuniti mikrob berfaedah, membenarkan organisma berbahaya untuk membiak.

Kebiasaannya, faraj adalah rumah kepada bakteria baik dan buruk dalam jumlah seimbang, yang menghasilkan asid untuk melindungi bahagian itu daripada jangkitan dan virus.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, bakteria vaginosis biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan pada populasi bakteria normal. Kebanyakan wanita yang dijangkiti melaporkan tiada gejala muncul, tetapi ada yang mempunyai lelehan cecair tidak normal atau bau yang kuat.

Doktor tidak mengesyorkan wanita mencuci faraj mereka dengan air secara melampau atau menggunakan produk pencuci kerana ia boleh mengganggu keseimbangan bakteria sedia ada selain tidak memberikan sebarang faedah.

Menurut Dr Zinaman, keseimbangan semula jadi bakteria dalam faraj terancam oleh sabun, minyak wangi atau cucian air yang kuat.

Profesor Kejuruteraan Bioperubatan, Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Duke, Durham, North Carolina, David Katz berkata, doktor sering melarang penggunaan jeli petroleum secara dalaman.

Menurutnya, produk berasaskan petroleum dikatakan menyerap lembapan keluar dari permukaan dan boleh membuat kulit sensitif faraj lebih terdedah kepada jangkitan.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Klinik Mayo, Rochester, Minnesota, Mary Marnach, pula menyarankan penggunaan pelincir bebas daripada bahan gliserin dan berasaskan silikon yang boleh dibeli di kaunter farmasi.


SUMBER : www.mummynemo.com

No comments:

Post a Comment